Kartun Kambing

•July 24, 2009 • Leave a Comment

kartun.jpg

Advertisement

Ceritera Seorang Pengembala

•January 10, 2009 • 2 Comments

permulaan pembinaan kandang baru

Setelah  aku pulang dari oversea kerana berkelana di bumi TUHAN selama 4 bulan, aku mula melihat-lihat peluang-peluang cari rezei yang wujud di seluruh pelusuk bumi. Waktu tu aku plan nak kahwin hujung 2008. Tapi nak korek duit dari mana?

Waktu tu bulan 9, bulan puasa Bulan puasa ni bulan beramal. Aku malas nak cari kerja jauh-jauh. Kalau boleh tak nak lari jauh dari kampung halaman aku. Bukan apa, aku tengok keliling rumah aku ni penuh dengan semak samun. Kalau tak diusahakan nanti kena hisab pulak.

Jadi, aku telah berbincang dengan keluarga aku untuk buat projek penternakan kambing. Pelbagai sumber maklumat aku cari, tanya orang tua, tanya tauke kambing, join forum kat BICARA JUTAWAN, melawat kandang kambing, dengar taklimat kontrak farming, gegas ke sana ke sini semata-mata untuk buat keputusan terbaik!

Mulanya aku hampir-hampir nak buat kontrak farming dengan 2 buah syarikat yang membekal kambing boer dan jamnapari. Fikir-fikir balik, kambing jenis tu mahal,modal besar, manja pulak. Nanti kalau mati sekor dah rugi banyak mana beb! Bayangkan sekor kambing boer atau jamnapari koman-koman pun mau dekat RM 1000. Pastu pulak bila nak jual, sapa yang mau beli? Syarikat kontrak farming beli balik harga murah jer. Jadi, atas muzakarah bersama beberapa orang yang aku percayai, aku buat keputusan untuk bela kambing kampung saja.

Aku iklankan tentang projek ni di internet dan juga secara SMS. Ada beberapa kenalan dan rakan berminat untuk join venture buat projek ni. Diorang just sleeping partner, aku yang handle semua.

Gambar kandang kat sebelah kanan di atas tu adalah kandang lama aku. Waktu tu cuma ada 3 ekor kambing betina. Kandang kat sebelah kiri tu aku mula buat dengan ayah aku waktu bulan puasa. Just guna kayu-kayu terpakai dari rumah lama aku. Cuma kayu lantai serta dinding,bumbung dan paku je yang beli.

baru pasang bumbung

bila dh siap baru kambing boleh masuk

ni adalah gambar kandang baru yang dah siap. Aku cuba masukkan seekor anak kambing untuk menguji samaada beliau boleh menerobos keluar dari kandang tu atau tak. Lupa pulak aku nak buat palung tinggi. Palung rendah anak kambing boleh bolos dan berak di situ.

25 ekor kambing dari tempat asal mereka di KULIM

gambar kat atas ni adalah kambing-kambing dari pembekal yang aku beli sebanyak 25 ekor

kambing2 telah berpindah ke kandang baru, Changlun

bila kambing dah masuk kandang pada 1/12/2008 maka bermulalah hidupku sebagai penternak kambing. Mulanya aku bagi makan dalam kandang je. Tiap-tiap hari kurang-kurang mau ada 6 guni rumput kena bagi. Kalau tak cukup nanti kambing-kambing ni terus mengembek sampai malam.huhu

makan dgn penuh kerakusan...haha

Seminggu kambing sampai, dek kerana perubahan cuaca dan tempat tinggal, semua kambing-kambing tu kena sakit mata. Mulanya aku ingat tahi mata biasa je, tapi bila ada kambing tu mata dia dah jadi putih….alamak! Aku terus tanya Abg Din (pakar rawatan kambing kat tempat aku), dia suruh aku cuci mata kambing dgn air garam dan boh ubat CMP yang warna kuning tu. Ubat ni aku pernah dapat dari klinik waktu aku sakit mata hari tu, rupanya kat kambing pun boleh guna. Setelah beberapa hari, Alhamdulillah semua kambing-kambing tu elok balik.

pejantan sedang demam...baru tukar tempat dh demam...angin lain

Pastu ada beberapa ekor kena serang demam pulak termasuk si pejantan yang sedang duduk tu, tak mau makan. Aku minta Abg Din tolong cucuk kambing tu dengan vitamin.

berebut2 baru best

Susah jugak nak jaga kambing ni rupanya. Bila tiba musim kemarau, rumput mulai kurang. Aku tak tau nak pi cari tang mana lagi. Ayah aku suruh keluarkan kambing-kambing tu dari kandang, lepas biar depa pi cari makan kat kebun getah. Mulanya susah jugak nak suruh depa ni makan sendiri, maklumlah biasa kami yang jamu depa. Tapi bila dah asyik makan, tak mau naik kandang la pulak.

"depa sume dh conquer..aku nk mkn ktne ni?" kata si kambing hitam itu

GRADUAN TEKAD JADI PENTERNAK SEPENUH MASA

•December 12, 2008 • 3 Comments

CHANGLUN,KEDAH (1/12/2008) Apa yang hendak dimalukan jika graduan kelas pertama menceburi bidang penternakan? adakah berdosa dan sia-sia ijazah mereka? mungkin soalan-soalan ini yang berlegar di minda para graduan lantas menyebabkan mereka malu untuk bekerja sendiri apatah lagi nak bela kambing.

“Biarlah apa orang nak cakap.Aku tak mati kalau dikeji.Aku takkan hidup kalau dipuji.Bukan manusia yang bagi rezeki tapi rezeki itu hak mutlak milik ILLAHi RABBUL IZZATI….” kata Hayyrie,25 salah seorang pemuda kampung yang memliki Ijazah Sarjana Muda (HONS) dari UiTM yang telah bosan naik tangga turun tangga untuk temuduga mencari kerja.

“lebih baik aku naik kandang turun kandang….ada jugak manfaat” katanya lagi.

Hayyrie memulakan perniagaannya dengan modal RM580 untuk membeli 3 ekor kambing betina dan kelengkapan kandang pada bulan Mac 2008.

kandang kambing lama

kandang kambing lama

Selepas beliau pulang dari luar negara, beliau dapati kambingnya masih belum bertambah kerana tiada baka jantan untuk menjadi agen pemberi benih.Seorang jiran telah meminjamkan seekor baka jantan untuk dikahwinkan dengan kambing-kambing tersebut selama sebulan.

Sewaktu bulan Ramadhan, dengan bantuan ayah, Encik Tajudin Bin Abdullah (50), satu lagi kandang baru dibina untuk menempatkan kambing-kambing baru untuk fasa kedua.image259

Bagi fasa ini,beliau membuka peluang kepada rakan-rakan untuk menjadi pelabur. Alhamdulillah ramai yang berminat dan akhirnya pada 1/12/2008 sebanyak 25 ekor kambing baru telah memasuki kandang baru.Semuanya dari baka kampung@katjang@kacang.

Semua kambing-kambing tersebut dibela secara intensif (dalam kandang sepenuh masa) dan belum dilepas keluar dari kandang. Beliau akan mencari rumput dan daun-daun kayu pada waktu pagi dan petang.Ini adalah kerana pada waktu ini pagar belum didirikan untuk menghalang kambing menceroroboh tanah orang lain bila dibiar lepas bebas.

Memang dalam perangkaan, bila tanah sudah ditumbuhi rumput dan kawasan ragut telah dipagarkan, semua kambing – kambing akan dibiar lepas bebas dengan riang gembira